Sambungan dari bahagian pertama4. Al-Bukhari di dalam Tarikh al-Kabir menulis:سمعت عطاء : قالت عائشة : علي اعلم الناس بالسنة .التاريخ الكبير - البخاري - ج 2 - ص 255 و ج 3 - ص 228 و تاريخ مدينة دمشق - ابن عساكر - ج 42 - ص 408 و ... .Aku mendengar daripada ‘Atha’: ʻAisyah berkata: ʻAli adalah orang yang paling berilmu tentang sunnah.Pengingkaran tentang kelayakan Ali dalam pengadilan kehakimanوأما قوله : قال رسول الله «أقضاكم علي» والقضاء يستلزم العلم والدين ، فهذا الحديث لم يثبت وليس له إسناد تقوم به الحجة .منهاج السنّة، ج4 ص 138.Adapun kata-katanya: Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Ali orang yang paling baik memutuskan hukuman kehakiman”, sedangkan penghakiman memerlukan ilmu agama. Hadis ini juga tidak pernah ditetapkan dan tidak ada sanad-sanad yang menyokongnya sebagai hujjah. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 4 halaman 138.Begitu juga tentang hadis ‘اقضاكم علي’, ia menulis:فهذا الحديث لم يثبت ، وليس له إسناد تقوم به الحجّة ... لم يروه أحد في السنن المشهورة، ولا المساند المعروفة، لا بإسناد صحيح ولا ضعيف، وإنّما يروى من طريق من هو معروف بالكذب منهاج السنّة ، ج 7 ، ص512 .Hadis ini tidak pernah disabitkan, dan tidak ada sanad baginya untuk menyokongnya sebagai hujjah… tidak seorang pun melihatnya di dalam salah satu sunan yang masyhur, tidak juga dilihat di dalam kitab-kitab musnad yang sahih mahupun yang dhaif, dan hanyalah dilihat dari jalan orang yang sudah terkenal sebagai pendusta. - Minhaj al-Sunnah, jilid 7 halaman 512.Sedangkan Muhammad bin Ismail al-Bukhari menulis di dalam kitab yang paling sahih setelah al-Quran menurut Ahlusunnah seperti berikut:عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَقْرَؤُنَا أُبَيٌّ وَأَقْضَانَا عَلِيٌّ .صحيح البخاري ، ج 5 ، ص149، كتاب التفسير ، باب قوله تعالى : ما ننسخ من آية أو ننسها .Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas yang berkata, umar radhiallahuanhu berkata: Orang yang paling baik membaca al-Quran ialah Ubai, dan orang yang paling baik memutuskan hukuman di kalangan kami ialah Ali. - Sahih Al-Bukhari, jilid 5 halaman 149.Jikalaulah mereka cuba ingin berdolak dalih dengan mengatakan kitab Muhammad bin Ismail al-Bukhari bukanlah kitab yang masyhur, dan persanadannya bukanlah sanad yang sahih, maka kita juga bersedia menerima bahawa kitab yang paling baik dan paling sahih kitab Ahlusunnah setelah al-Quran tidak mempunyai sanad yang bernilai dan riwayat yang dinukilkannya dari jalan yang pendusta. Membela Ibnu Muljam:Ibnu Taimiyah tidak hanya berseteru dengan Amirul mukminin Ali bin Abi Talib secara terang terangan, bahkan ia turut berkeras kepala membela pembunuhnya.Ibnu Taimiyah di dalam Minhaj Sunnah menulis:والذي قتل عليّاً كان يصلّي ويصوم ويقرأ القرآن ، وقتله معتقداً أنّ اللّه ورسوله يحبّ قتل عليّ، وفعل ذلك محبّة للّه ورسوله في زعمه، وإن كان في ذلك ضالاًّ مبتدعاً .منهاج السنة ، ج 1 ، ص153.Orang yang membunuh Ali adalah ahli ibadah, berpuasa dan membaca Al-Quran, dan pembunuhnya berkeyakinan bahawa Allah dan RasulNya mencintai orang yang membunuh Ali, ia melakukannya kerana cintakan Allah dan RasulNya dalam kepercayaannya sekalipun kepercayaan itu sesat dan bidʻah. - Minhaj Al-Sunnah jilid 1 halaman 153.Begitu juga ia mengatakan:قتله واحد منهم وهو عبدالرحمن بن ملجم المرادي مع كونه كان من أعبد الناس وأهل العلم .منهاج السنّة ، ج 5 ، ص47 .Ali bin Abi Talib dibunuh oleh salah seorang Khawarij yang bernama Abdul Rahman bin Muljam sedangkan ia (Abdul Rahman) merupakan salah seorang insan yang paling kuat beribadat dan ahli ilmu. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 5 halaman 47.Perhatikan, bagaimanakah Ibnu Taimiyah memuji Ibnu Muljam padahal nabi (s.a.w) mengatakan bahawa ia adalah salah seorang manusia yang celaka dan dihitung bersama dengan pemburu unta kaum tsamud:قال علي(عليه السلام) : « أخبرني الصادق المصدّق أنّي لا أموت حتى أضرب على هذه ، وأشار إلى مقدّم رأسه الأيسر فتخضب هذه منها بدم، وأخذ بلحيته وقال لي: يقتلك أشقى هذه الأمّة كما عقر ناقة اللّه أشقى بني فلان من ثمود» .مسند أبي يعلى ، ج 1 ، ص431 و المعجم الكبير ، الطبراني ، ج 8 ، ص38 و كنز العمّال ، المتقي الهندي ، ج 13 ، ص192 و تاريخ مدينة دمشق ، ابن عساكر ، ج 42 ، ص543 .Ali bin Abi Talib (a.s) berkata: Al-Sodiq Al-Mushaddaq bersabda kepadaku, sesungguhnya aku tidak akan mati sehinggalah ditetak di sini. Bagindapun meunjukkan hadapan kepala kirinya. Maka darah akan mewarnainya dengan darah sehingga mengalir ke janggutku. Baginda pun berkata kepadaku: Kau akan dibunuh seorang yang paling celaka di kalangan ummat ini sebagaimana penyembelih unta daripada Allah adalah seorang yang paling celaka, daripada Bani Fulan kaum Tsamud. - Musnad Abi Yaʻla, jilid 1 halaman 431; Muʻjam Al-Kabir, Al-Tabrani jilid 8 halaman 38; Kanzul Ummal oleh Muttaqi Al-Hindi, jilid 13 halaman 192, Tarikh Madinah Dimasyq oleh Ibnu ʻAsakir, jilid 42 halaman 543.Haitsami menulis sesuatu setelah membawa sebuah riwayat tentang perkara ini:رواه الطبراني وأبو يعلى وفيه رشدين بن سعد وقد وثّق ، وبقيّة رجاله ثقات.مجمع الزوائد ، ج 9 ، ص136.Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Abu Yaʻla,Rashidin bin Saʻd yang telah ditsiqahkan, manakala rijal yang lain adalah tsiqah. - Majmaʻ Al-Zawa’id, jilid 9 halaman 136.Dalam riwayat yang hampir mirip dengannya, beliau menulis:رواه أحمد والطبراني والبزّار باختصار، ورجال الجميع موثّقون .Ahmad, Al-Tabrani dan Al-Barraz meriwayatkannya, dan semua perawi hadis ini adalah tsiqah.Pandangan Ibnu Taimiyah tentang peperangan-peperangan Amirul MukmininDalam Minhaj Al-Sunnah, Ibnu Taimiyah menulis:ثم يقال لهؤلاء الرافضة لو قالت لكم النواصب علي قد استحل دماء المسلمين وقاتلهم بغير أمر الله ورسوله على رياسته وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم سباب المسلم فسوق وقتاله كفر وقال ولا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض فيكون علي كافرا لذلك لم تكن حجتكم أقوى من حجتهم لأن الأحاديث التي احتجوا بها صحيحة .وأيضا فيقولون قتل النفوس فساد فمن قتل النفوس على طاعته كان مريدا للعلو في الأرض والفساد وهذا حال فرعون والله تعالى يقول تلك الدار الاخرة نجعلها للذين لا يريدون علوا في الأرض ولا فسادا والعاقبة للمتقين فمن أراد العلو في الأرض والفساد لم يكن من أهل السعادة في الاخرة وليس هذا كقتال الصديق للمرتدين ولمانعي الزكاة فإن الصديق إنما قاتلهم على طاعة الله ورسوله لا على كاعته فإن الزكاة فرض عليهم فقاتلهم عللا الإقرار بها وعلى أدائها بخلاف من قاتل ليطاع هو .منهاج السنة ، ج 4 ، ص 499_ 500 .Kemudian dikatakan kepada golongan Rafidhah itu, andainya puak Nashibi berkata kepada kalian bahawa Ali menghalalkan darah umat Islam dan beliau menganggap darah umat Islam halal ditumpahkan, dan beliau memerangi mereka demi kekuasaan dan bukan dengan perintah Allah dan RasulNya, maka Nabi (s.a.w) bersabda: Menghina seorang muslim menyebabkan kefasikan, dan membunuhnya menyebabkan kekufuran. Baginda bersabda: Sepeninggalanku nanti janganlah kalian kembali kepada kekafiran dengan sebahagian daripada kalian memukul tengkuk sebahagian yang lain. Oleh itu Ali adalah kafir kerana sebab tersebut, dalil kalian (rafidhah) tidak kuat berbanding dalil yang dikemukakan mereka (nashibi). Ini disebabkan hadis-hadis yang digunakan mereka sebagai hujjah adalah sahih.Begitu juga dikatakan membunuh jiwa adalah kebatilan (fasad), barangsiapa yang membunuh jiwa kerana taat setia kepada beliau maka ia mempunyai tujuan untuk sombong di muka bumi dan melakukan kerosakan. Inilah yang terjadi pada Fir’aun. Sedangkan Allah (s.w.t) berfirman:Itulah kampung akhirat, kami adakan untuk orang-orang yang tiada menghendaki sombong dimuka bumi dan tiada pula memperbuat bencana. Akibat [yang baik] untuk orang-orang yang bertaqwa.Oleh itu barangsiapa yang ingin melakukan kerosakan, inginkan kesombongan di muka bumi dan melakukan bencana, maka ia tidak akan menjadi orang yang berbahagia di akhirat dan ini juga bukanlah seperti Abu Bakar memerangi golongan yang murtad dan golongan yang enggan membayar zakat, sesungguhnya Abu Bakar hanyalah memerangi mereka kerana taat kepada Allah dan RasulNya, bukan atas ketaatan pada diri sendiri, sesungguhnya zakat diwajibkan ke atas mereka. Kemudian ia memerangi mereka kerana memperakui kewajipan zakat dan perlaksaannya, tidak sama dengan memerangi agar dirinya ditaati. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 4 halaman 499-500Ibnu Taimiyah sekali lagi menulis:وعلي يقاتل ليطاع ويتصرف في النفوس والأموال فكيف يجعل هذا قتالا على الدين وأبو بكر يقاتل من ارتد عن الإسلام ومن ترك ما فرض الله ليطيع الله ورسوله فقط ولا يكون هذا قتالا على الدين . منهاج السنّة ، ج 8 ، ص 330 .dan Ali memerangi untuk ditaati, mempergunakan jiwa dan harta benda, bagaimanakah dijadikan peperangan ini untuk agama, sedangkan Abu Bakar memerangi mereka yang murtad dari Islam, barangsiapa yang meninggalkan apa yang hanya difardukan oleh Allah supaya mentaati Allah dan RasulNya, maka peperangan tersebut (peperangan yang dilakukan oleh Ali) bukanlah berdasarkan agama. - Minhaj Al-Sunnah, jilid 8 halaman 330.Sedangkan Nabi (s.a.w) telah memberikan kabar tentang semua peperangan ini berdasarkan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada baginda. Nabi juga turut memberikan arahan kepada Ali bin Abi talib supaya memerangi golongan Nakitsin, Qasithin dan Mariqin walaupun orang seperti Aisyah, Zubair dan lain-lain lagi bersubahat dengan peperangan ini. Begitu juga ramai ulama Ahlusunnah menukilkan hadis peristiwa anjing di Haw’ab. Ibnu Hajar Al-ʻAsqalani menulis di dalam Fathul Bari:عن عكرمة عن ابن عباس ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لنسائه أيتكن صاحبة الجمل الأدبب ـ بهمزة مفتوحة ودال ساكنة ثم موحدتين الأولى مفتوحة ـ تخرج حتى تنبحها كلاب الحوأب يقتل عن يمينها وعن شمالها قتلى كثيرة وتنجو من بعد ما كادت .Diriwayatkan bahawa ʻIkrimahberkata daripada Ibnu Abbas, sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada isteri-isteri baginda: “Siapakah di antara kalian yang mempunyai unta adbab (unta yang banyak bulu di mukanya), lantas ia keluar (dengan menunggangnya) sehingga anjing-anjing Hau’ab menyalak kepadanya. Banyak orang yang terbunuh di samping kanan dan kirinya, dan dia sendiri selamat setelah sebelumnya hampir terbunuh”. Selepas menukilkan hadis ini, beliau mengatakan:وهذا رواه البزار ورجاله ثقات .فتح الباري - ابن حجر - ج 13 - ص 45 – 46 .Al-Bazzar meriwayatkan hadis ini dan rijalnya adalah tsiqah. - Fathul Bari, ibnu Hajar, jilid 13 halaman 45-46.Ibnu Katsir Dimasyqi di dalam kitab Al-Bidayah Wan Nihayah menulis:عن قيس بن أبي حازم : أن عائشة لما أتت على الحوأب فسمعت نباح الكلاب فقالت : ما أظنني إلا راجعة ، إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لنا : أيتكن ينبح عليها كلاب الحوأب ، فقال لها الزبير : ترجعين ؟ عسى الله أن يصلح بك بين الناس .Daripada Qais bin Abu Hazim: Sesungguhnya tatkala Aisyah datang ke Haw’ab, beliau mendengar salakan anjing, maka beliau berkata: Aku kira, aku harus kembali pulang. Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada kami, Siapakah di antara kalian akan disalak oleh anjing Al-Haw’ab. Maka Zubair pun berkata: Bagaimanakah engkau ingin pulang? sedangkan diharapkan Allah membaiki manusia dengan kehadiran kamu.Setelah menukilkan hadis tersebut, beliau mengatakan:وهذا إسناد على شرط الصحيحين ولم يخرجوه .البداية والنهاية - ابن كثير - ج 6 - ص 236 .Persanadan hadis ini memenuhi syarat sahihain (al-Bukhari dan Muslim), namun mereka tidak pernah mengeluarkannya. - Al-Bidayah Wan Nihayah Ibnu Katsir, jilid 6 halaman 236.Kisah ini telah dinukilkan di dalam kebanyakan kitab Ahlusunnah seperti berikut:مسند أحمد ، ج6 ، ص52 و97 و المستدرك ، حاكم نيشابوري ، ج3 ، ص120 و المصنف ، ابن أبي شيبة الكوفي ، ج8 ، ص708 و مسند ابن راهويه ، صج3 ، ص892 و مسند أبي يعلى ، ج8 ، ص282 و الفايق في غريب الحديث ، زمخشري ، ج1 ، ص353 و موارد الظمآن ، هيثمي ، ص 453 و كنز العمال ، ج11 ، ص197 و 334 و سير أعلام النبلاء ، ذهبي ، ج2 ، ص177 و أنساب الاشراف ، بلاذري ، ص 224 و معجم البلدان ، حموي ، ج2 ، ص314 و تاريخ يعقوبي ، ج2 ، ص181 و تاريخ طبري ، ج3 ، ص475 و ... .Menurut riwayat ini, Nabi (s.a.w) telah tahu dan memberi amaran kepada Aisyah dan penyokongnya akan terlibat dalam peperangan ini. Ini juga menunjukkan bahawa mereka ini berada di dalam kebatilan sedangkan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berada di dalam kebenaran.Banyak lagi riwayat yang menukilkan bahawa Nabi (s.a.w) memberi amaran kepada Zubair tentang